Connect with us

Berita Lain

Ambil Kira Kepentingan Rakyat Sebelum Batalkan Projek – Najib


KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu lebih telus dan bertimbang
rasa apabila membatalkan projek atau inisiatif kerajaan terdahulu yang
dilaksana untuk manfaat rakyat dan negara, kata bekas Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata dalam tempoh dua minggu, kerajaan Pakatan
Harapan sudah membatalkan projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura dan
Laluan 3 Transit Aliran Massa (MRT3) walaupun kajian selama bertahun-tahun
menunjukkan manfaat ekonomi melampaui kos pembinaannya.
Katanya projek MRT3 juga diperlukan bagi melengkapkan
jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih berintegrasi di Lembah Klang dan
tanpanya, Lembah Klang akan terus berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak kisah jika kerajaan Pakatan berusaha untuk
memadamkan segala legasi ditinggalkan sepanjang sembilan tahun saya sebagai
Perdana Menteri.
“Namun kerajaan perlu lebih telus dan bertimbang rasa
apabila mereka mula membatalkan pelbagai projek atau inisiatif yang dimulakan
untuk manfaat rakyat dan negara, hanya kerana mahu memadamkan legasi saya atau
mempunyai persepsi, ia dimulakan oleh saya, lantas ia perlu dihenti atau
dipadamkan,” catatnya dalam laman Facebook beliau hari ini.
Najib turut mempersoalkan hasrat kerajaan untuk membatalkan
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) walaupun Fasa 1 projek itu bagi jajaran
Gombak hingga Kota Bahru sudah siap lebih 20 peratus.
“Tidakkah siapa sedar, tiga negeri yang bakal menerima
manfaat paling banyak daripada ECRL ini iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang,
adalah negeri yang bukan di bawah kerajaan Pakatan?” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata ketika menjadi perdana menteri, beliau telah
memastikan semua negeri menerima manfaat pembangunan infrastruktur asas termasuk
negeri menerusi pentadbiran pembangkang, yang melibatkan peruntukan berpuluh
bilion ringgit, antaranya penstrukturan bekalan air di Pulau Pinang, Selangor
dan Kelantan.
Justeru, beliau menggesa kerajaan mendedahkan laporan impak
ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan bagi semua projek, untuk diakses rakyat.
“Kerajaan tidak seharusnya membatalkan projek atas motif
yang salah atau memberi alasan sebagaimana mereka lakukan pada kenyataan
mengenai hutang negara yang tidak tepat.
“Tetapi mereka juga perlu mengambil kira pembangunan positif
ekonomi, peluang pekerjaan yang akan hilang serta manfaat buat rakyat yang akan
disumbang projek ini untuk negara,” kata Najib.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel