Connect with us

Berita Lain

Warga Emas Maut, Anak Parah Kemalangan Di Pekan


PEKAN – Seorang warga emas maut manakala anaknya parah
selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum bertembung kenderaan lain
di Kilometer 51 Jalan Pekan-Nenasi/Rompin berhampiran Kampung Serun di sini,
semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Amran Sidek berkata,
dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa, Ismail Abas, 72, yang memandu kereta
itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada
bahagian dada.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anaknya, Siti Zuraidah, 31, yang mengalami pendarahan
dalaman, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan.
“Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di
Sungai Lembing selepas pergi ke rumah seorang menantunya di Rompin. Kemalangan
dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu Perodua Myvi telah hilang
kawalan selepas melalui selekoh dan memasuki laluan bertentangan.
“Kereta mangsa kemudiannya bertembung dengan sebuah
kereta jenis Nissan Sentra yang tidak dapat mengelak ekoran jarak yang terlalu
hampir,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Amran berkata, pemandu kereta Nissan Sentra, Mansor Ibrahim,
57, yang juga pembantu makmal sekolah di Kuantan, juga dihantar ke HTAA kerana
patah paha dan cedera pada tumit kaki kanan, manakala mangsa yang meninggal
dunia dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel