Connect with us

Berita Lain

Najib Tak Tahu Sumber Dana Beli Barang Kemas Rosmah



Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu dari mana dana diperolehi untuk membiayai pembelian barangan kemas isterinya Rosmah Mansor.

“Saya tak tahu dari mana sebenarnya sumber untuk mendanai semua ini,” kata anggota parlimen pembangkang dari Pekan itu dalam temu bual bersama Reuters.
Sebelum itu Najib yang juga bekas perdana menteri ditanya mengenai barang kemas – termasuk set berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta – diyakini pihak berkuasa AS dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB dan diberikan kepada Rosmah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib juga menjelaskan bagaimana Rosmah memberitahunya bahawa beliau tidak menerima hadiah barang kemas yang dijanjikan kepadanya.
“Apa yang saya tahu ialah, apabila saya bertanya kepada isteri saya, dia berkata misalnya dia sepatutnya mendapat satu hadiah tetapi dia tidak pernah menerimanya,” kata Najib dipetik Reuters.
Najib yang menjadi perdana menteri pertama BN kehilangan kuasa kepada pembangkang sebelum itu ditemu bual secara eksklusif oleh agensi berita antarabangsa itu di Langkawi, Kedah.
Najib dan Rosmah berada di pulau peranginan itu – yang menghantar Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dihantar ke Putrajaya – untuk bercuti.
Sejurus selepas BN tumbang dan kehilangan kuasa kepada Pakatan Harapan, pasangan terbabit bercadang bercuti ke luar negara namun hajat berkenaan tidak kesampaian apabila Jabatan Imigresen menyenarai hitam nama mereka daripada meninggalkan Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain barang kemas untuk Rosmah Jabatan Kehakiman AS percaya dana 1MDB digunakan untuk membiayai pembikinan filem terbitan anak Rosmah hasil perkahwinan terdahulunya, Riza Aziz.
Satu daripada filem terbitan syarikat Riza ialah The Wolf of Wall Street.
Najib memberitahu Reuters, sumber dana itu sedang disiasat namun beliau enggan memberikan penjelasan lebih lanjut.
“Saya juga ingin menyatakan bahawa Riza melakuannya dengan sangat baik…. filem-filem itu, jualan pecah panggung mencecah lebih AS$800 juta
“Jadi ia bukan berkaitan salah guna. Ia melibatkan keuntungan, tetapi sumber dana itu tertakluk kepada siasatan. Saya fikir kita biarkan ia begitu,” katanya lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Anak perdana menteri kedua Malaysia itu juga mempertahankan tindakannya berdiam diri dalam isu 1MDB semasa menduduki Putrajaya.
“Semua benda ini berlaku di luar Malaysia.
“Terdapat beberapa soal antarabangsa jika saya katakan sesuatu, kerana saya akan menamakan individu-individu tertentu yang mungkin mempengaruhi hubungan diplomatik dengan mereka.
“Atas asalan itu saya mengelak daripada bercakap mengenainya,” kata Najib.
– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel