Connect with us

Berita Lain

Pengulas televisyen maut selepas Mesir tewas

RAHIM begitu terkesan dengan aksi buruk pasukan kebangsaan pada perlawanan itu. FOTO/AFP



KAHERAH: Seorang pengulas televisyen Mesir meninggal dunia akibat serangan jantung selepas Mesir tewas saat akhir kepada Arab Saudi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia Isnin lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Abdel Rahim Mohamed, pengulas disegani dan juga bekas jurulatih kelab utama negara itu ‘sungguh beremosi’ ketika perlawanan mendebarkan membabitkan Mesir dalam Kumpulan A yang berakhir dengan kemenangan Arab Saudi 2-1.


Egypt Today melaporkan Abdel Rahim begitu terkesan dengan ‘aksi buruk pasukan kebangsaan’ pada perlawanan itu.


Pada akhir perlawanan, beliau sepatutnya membuat analisa perlawanan secara langsung tetapi mengalami serangan jantung dan dibawa pusat perubatan di stesen televisyen berkenaan dan tidak lama kemudian dikejarkan ke hospital.


Doktor cuba menyelamatkannya dalam tempoh lebih 30 minit sebelum beliau disahkan meninggal dunia.


Sebelum kejohanan itu Mesir dikatakan mempunyai peluang cerah mara ke kalah mati, terutamanya dengan prestasi menakjubkan penyerang hebat Mohamed Salah. Bagaimanapun keputusan Isnin lalu gagal menghadirkan sebarang mata daripada tiga perlawanan dan menduduki tangga tercorot kumpulan.


Abdel Rahim yang sebelum ini mengendalikan kelab utama Mesir Zamalek, menjadi penyumbang tetap untuk Nile Sports Channel dan dilihat mempunyai pandangan berpengaruh terhadap bola sepak Mesir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



El Watan News melaporkan bahawa Ahmed Fawzi, bekas penjaga gol Mesir berada di studio berkenaan dan berkata Abdel Rahim kelihatan ‘keletihan’ dan ‘terkesan’ dengan kekalahan skuad itu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel