Connect with us

Berita Lain

TPM: Walau Warga Asing, Budak Kahwin Muda Tetap Dilindungi


PUTRAJAYA, 2 Julai ― Lelaki warga Malaysia berusia 41 tahun
yang didakwa mengahwini kanak-kanak perempuan 11 tahun warga Thailand kini
disiasat di bawah elemen antun atau ‘sexual grooming’ yang adalah satu
kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,
kata Timbalan  Perdana Menteri Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat berkata, kerajaan menganggap pasangan berkenaan sebagai tidak
berkahwin selagi tiada bukti dikemukakan.
Ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Bersama
Kumpulan Sasar kementerian di sini, hari ini, beliau berkata, lelaki berkenaan
bertanggungjawab untuk membuktikan status perkahwinan yang sah kepada pihak
berkuasa. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Interaksi di antara lelaki dan kanak-kanak berkenaan
adalah  tertakluk kepada pelbagai
undang-undang mengenai perlindungan kanak-kanak. Pada masa ini, penyiasatan
terhadap kes ini masih berlangsung. Pegawai-pegawai saya sedang bekerjasama
dengan pelbagai agensi penguatkuasaan dan kementerian berkenaan untuk
memperhalusi kes ini dengan lebih 
teliti,” katanya.
Berita perkahwinan ketiga lelaki itu dengan kanak-kanak
perempuan 11 tahun  berkenaan tular di
media sosial pada Sabtu lepas menyebabkan Jabatan Kebajikan Masyarakat
menyiasat perkara itu.
Dr Wan Azizah berkata kerajaan ingin melindungi kebajikan
kanak-kanak yang tinggal di Kelantan itu dan akan memberikan bantuan perubatan
dan kaunseling profesional bagi membantunya menghadapi situasi itu biarpun
kanak-kanak itu seorang warganegara Thailand atas dasar semua kanak-kanak perlu
dibela.
Katanya, pegawai yang menyiasat kes berkenaan telah berjumpa
dengan kanak-kanak itu dan isteri kedua lelaki berkenaan yang membuat aduan.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan masih belum ditemui.
“Ibu kepada kanak-kanak itu merupakan pekerja di restoran
milik isteri pertama lelaki tersebut dan lelaki berkenaan berjanji untuk
‘menjaga’ keluarga berkenaan dari segi kewangan.
“Kanak-kanak itu hanya berpendidikan tadika sahaja. Ibu bapa
itu juga mendakwa lelaki berkenaan hanya akan bersama dengan kanak-kanak itu
lima tahun dari sekarang namun kanak-kanak itu perlu menjalani pemeriksaan,”
katanya.
Dr Wan Azizah berkata kerajaan sangat komited untuk
membanteras isu perkahwinan kanak-kanak pada masa akan datang dan beliau telah
mengarahkan pegawainya membincangkan termasuk menaikkan had umur minimum untuk
berkahwin kepada 18 tahun untuk lelaki dan wanita.
Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua
negeri, usia minimum (untuk berkahwin) bagi lelaki adalah 18 tahun manakala
bagi perempuan adalah 16 tahun. Perkahwinan bawah umur hanya dibenarkan dengan
kebenaran mahkamah, Ketua Menteri atau Menteri Besar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Wan Azizah berkata pagi ini beliau mengadakan satu
mesyuarat dalam kapasiti sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Masyarakat yang dihadiri wakil daripada
Jabatan Peguam Negara, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik), Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia, Badan Peguam Malaysia, aktivis sosial Syed Azmi
Alhabshi serta pegawai-pegawai kanak-kanak agensi di Putrajaya dan Kelantan.
“Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa pasangan tersebut
menetap di Kelantan. Walau bagaimanapun Jaheik dilaporkan tidak mempunyai rekod
pendaftaran perkahwinan tersebut.
“Berdasarkan laporan media dan kenyataan oleh isteri kedua
lelaki berkenaan adalah dipercayai bahawa pernikahan tersebut telah
dilaksanakan di Golok, Thailand,” katanya.
Beliau berkata sehingga hari ini pihak berkuasa masih belum
mendapat bukti bahawa pernikahan itu telah berlangsung di Golok seperti
didakwa.
“Namun, sehingga hari ini, tiada kelulusan berkaitan telah
dimohon sama ada oleh pasangan atau ibu bapa kanak-kanak berkenaan maka tiada
kelulusan telah diberikan untuk membolehkan perkahwinan itu berlangsung seperti
didakwa,” katanya.
Dr Wan Azizah meminta semua pihak termasuk media dan
pengguna media sosial untuk memberi ruang kepada pihak yang terlibat dengan
situasi itu dengan tidak menyebarkan gambar dan maklumat terutamanya
kanak-kanak warga Thailand itu untuk tidak menjejaskan siasatan yang sedang
berlangsung. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel