Connect with us

Berita Lain

Perkembangan HFMD Di Pulau Pinang Sedikit Mencemaskan – Dzulkefly

PUTRAJAYA — Perkembangan terkini penularan Penyakit Tangan,
Kaki dan Mulut (HFMD) di Pulau Pinang sedikit mencemaskan, kata Menteri
Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 1,616 kes
jangkitan HFMD direkodkan di Pulau Pinang, peningkatan ketara daripada hanya
kira-kira 1,500 kes pada Jumaat lalu.
Dzulkefly bagaimanapun berkata keadaan itu dikategorikan
sebagai masih terkawal berikutan langkah kawalan bagi menanganinya yang diambil
kementerian dan Pengarah Kesihatan Negeri itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sejak awal kes ini dikesan, saya juga sudah berhubung
dengan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Azman Abu Bakar bagi
membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil.
“Berikutan itu, Dr Azman mengeluarkan arahan kepada
semua Pengarah Negeri dan Pengarah Hospital agar mengambil langkah segera untuk
membendung gejala itu daripada terus merebak,” katanya kepada pemberita
pada majlis bersama warga kementerian itu di sini hari ini.
Dzulkefly berkata Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian
Kesihatan juga telah diarah menjalankan siasatan dan mengambil langkah segera
yang lebih efektir bagi mengawal dan menangani jangkitan penyakit itu.
Pada Jumaat lepas, anggota Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri
Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dilaporkan
berkata 1,555 kes HFMD berlaku di negeri berkenaan antara Januari hingga 4
Julai tahun ini berbanding 1,050 kes bagi tempoh sama pada 2017.
HFMD adalah penyakit disebabkan virus dan antara gejalanya
ialah demam, ruam di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut serta lidah.
Dalam pada itu, Dzulkefly menzahirkan keyakinan beliau
dengan komitmen warga kementerian dalam menjalankan tugas, khususnya mereka
yang berkhidmat di hospital dan tiada ‘spot check’ diperlukan bagi membuktikan
keyakinan tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata perlakuan ‘kerana nila setitik rosak susu
sebelanga’ tidak akan menjejaskan keseluruhan perkhidmatan kementerian kerana
setiap warganya telah menyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan ke tahap lebih baik.
Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata keadaan Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Hanipa Maidin kini stabil,
namun masih perlukan pemerhatian rapi doktor sebelum dibenarkan keluar dari
hospital.
Saya diberitahu beliau stabil dan telah keluar daripada
bahaya, cuma masih perlu dipantau untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam,
katanya.
Dalam kejadian pagi tadi, Mohamed Hanipa, 49, yang berdiri
paling kanan pada perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga JPM
tiba-tiba jatuh daripada pentas.
Anggota Parlimen Sepang itu terus diberikan rawatan
kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk
mendapatkan rawatan lanjut.
Mohamed Hanipa yang bertanggungjawab dalam undang-undang
adalah antara tiga Timbalan Menteri di JPM yang mengangkat sumpah pada 2 Julai
lepas.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel