Connect with us

Berita Lain

Tangani Rasuah Masa Kini Lebih Sukar Banding 1981 – PM

Foto: Kosmo

PUTRAJAYA, 10 Julai ― Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad mengakui cabaran menangani rasuah dan salah guna kuasa pada masa kini
lebih mencabar berbanding ketika beliau pertama kali dilantik sebagai perdana
menteri pada tahun 1981.
Dr Mahathir berkata ketika mengambil alih tampuk
pemerintahan negara 37 tahun dahulu, jentera kerajaan pada ketika itu dilihat
hampir bersih daripada gejala rasuah, tidak seperti masa kini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau mendakwa tindakan seorang bekas perdana menteri
“mempromosikan” rasuah melalui kenyataan “cash is king” atau “wang itu raja”
mengakibatkan habis  jentera kerajaan
terlibat.
“Kita kena pilih, tapis sebelum kita ambil tindakan. Kalau
kita syak, kita tidak boleh buang semua pegawai kerajaan yang kita syak
(terlibat rasuah) kerana yang demikian kita tiada jentera untuk melaksanakan
tugas dan arahan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
menyampaikan perutusan pada Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini, yang
dihadiri hampir 160 anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) serta anggota
pentadbiran kerajaan termasuk jemaah menteri.
Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun ke-93 hari ini turut
menerima ucapan Selamat Hari Lahir selepas menyampaikan perutusan pada sesi
taklimat itu daripada tetamu yang hadir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ditanya pemberita akan harapannya pada hari jadinya itu, Dr
Mahathir  secara berseloroh berkata:
“Saya harap media akan membantu kami membanteras rasuah,” yang disambut dengan
tawa hampir 50 petugas media yang membuat liputan sidang media itu.
Taklimat tertutup yang julung kali diadakan itu dianjurkan
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) bertujuan memberi
pendedahan tentang  pelbagai aspek
berkaitan rasuah dan usaha pencegahan buat anggota Parlimen dan anggota
pentadbiran kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada
9 Mei lepas.  ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel