Connect with us

Berita Lain

PM: Merdeka dari pemerintahan kuku besi, kleptokrasi

 Majlis pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto: The Malaysian Insight/Afif Abd Halim

Kali ini kemerdekaan kita mempunyai lebih makna kerana bukan
sahaja kita rayakan kemerdekaan daripada penjajahan oleh kuasa asing, tetapi
juga daripada kleptokrasi, daripada pemerintahan kuku besi.
Sesungguhnya rakyat rata-rata berasa lega dan gembira kerana
diselamatkan dari aneka jenis tekanan dan keseksaan yang kita tidak sangka
boleh melanda negara kita. Bahawa kita dapat merebut balik kebebasan kita dari
kezaliman Kerajaan kleptokrat adalah kejayaan luar biasa.
Sesungguhnya rakyatlah yang membebaskan diri mereka. Dengan
berani mereka keluar berduyun-duyun untuk mengundi menolak kleptokrasi.
Walaupun terdapat banyak halangan dan ugutan tetapi rakyat
tidak gentar. Hasilnya ialah kejayaan yang luar dari dugaan.
Rakyat berhak gembira merayakan pencapaian mereka. Tidak
banyak negara yang dapat menukar pemerintahan tanpa rusuhan dan kematian
pejuang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tetapi kerana kemenangan rakyat begitu besar dan nyata,
pemerintah dahulu terpaksa akui kekalahan dan menyerah kuasa.
Inilah yang kita rayakan hari ini. Oleh kerana ini adalah
kemenangan rakyat maka rakyat perlu nyatakan kegembiraan mereka dengan mengibar
lambang negara kita, Jalur Gemilang.
Mereka perlu kibar Jalur Gemilang di semua pelusuk negara,
di bandar dan di kampung, di kereta dan di rumah, di pejabat dan di
kedai-kedai, di jalan-jalan dan di lautan pun.
Biarlah dunia lihat bahawa negara kita selamat dan diselamat
oleh rakyat.
Ya, negara kita dibeban dengan berbagai masalah kerana
salahguna kuasa oleh pemerintah dahulu. Hutang kita bertimbun, jentera Kerajaan
rosak, kemiskinan melanda ramai rakyat, perniagaan dan dagangan merosot.
Banyak masa perlu dihabis dalam usaha memulih negara. Tetapi
berkat sokongan rakyat Kerajaan dapat berusaha mengatasi masalah-masalah ini
dalam keadaan stabil.
Kita tidak berminat untuk balas dendam. Tetapi tidak dapat
tidak tindakan terpaksa diambil terhadap mereka yang membawa bencana kepada
negara tercinta ini.
Kita akan pegang kuat kepada the rule of law, kepada
pemerintahan mengikut undang- undang, walaupun proses ini mengambil masa. Benar
lebih mudah dan lebih cepat jika undang-undang diketepikan atau disalahguna.
Tetapi kita tidak hendak beraku zalim kepada sesiapa. Kita
utamakan keadilan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Inilah janji kita. Akan kita pegang kepada janji walaupun
melambatkan proses menghukum mereka yang kita tahu bersalah.
Semua ini kita lakukan kerana Malaysia adalah negara kita
dan kita sayang negara kita Malaysia. Patriotisme adalah satu perasaan yang
mulia.
Slogan kita untuk perayaan kedua-dua kemerdekaan negara kita
ialah “Sayangi Malaysiaku”.
Slogan ini tepat dan kena pada masanya. Kerana kita sayangi
Malaysialah maka kita berusaha menyelamatkan negara kita dari kleptokrasi.
Sekarang saya ulangi buktikanlah kesayangan kita kepada
Malaysia kita dengan mengibar Jalur Gemilang.
Kerajaan pilihan rakyat berjanji akan berusaha
sungguh-sungguh untuk mengembalikan negara bertuah ini sehingga menjadi Harimau
Asia
semula.
Kita yakin kita boleh jika tidak sepenuhnya tetapi
meletakkan balik ke jalan yang dapat membawa kita ke arah itu.
Hanya yang kita minta ialah kesabaran, kesabaran daripada
rakyat, daripada jentera kerajaan dan anggota kerajaan.
Kita tidak dapat tabur duit percuma kerana kita tidak ingin
menyalahguna kuasa yang diberi kepada kita sebagai kerajaan.
Kita juga tidak akan tipu dan menubuhkan syarikat untuk
selewengkan wang yang dihutang olehnya. Tetapi percayalah apabila kita majukan
negara, rakyat akan dapat bukan sahaja nikmat daripada pembangunan tetapi
nikmat daripada peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan.
Kita akan kawal kos sara hidup supaya wang yang kita
perolehi akan dapat membeli lebih banyak barangan dan khidmat dari dahulu. Ini
akan berlaku kerana daya keluaran kita akan meningkat dengan mengguna cara-cara
baru yang lebih efisien dan produktif.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kehidupan rakyat akan menjadi lebih bahagia kerana kebebasan
bersuara dan bersurat akhbar.
Hak perikemanusiaan akan dinikmati oleh semua.
Rakyat bebas mengkritik kerajaan. Mereka tidak lagi akan
didera dengan dikenakan cukai tambahan, pembekuan wang dibank, diturun pangkat,
dihenti kontrak dan bermacam lagi deraan yang dikenakan kepada mereka jika
tidak menyokong kerajaan dahulu.
Sebuah negara akan maju jika rakyatnya maju. Untuk
menentukan rakyat maju maka peluang menuntut pelajaran akan diperbanyakkan
melalui biasiswa dan menambah pusat- pusat latihan dan pelajaran.
Latihan kemahiran akan ditingkatkan supaya nilai ekonomi
rakyat akan meningkat. Bagi yang terlatih dan cekap peluang kerja akan
ditingkatkan melalui berbagai rancangan.
Kerajaan harap rakyat akan sambut baik perancangan dan
strategi kerajaan. Kita semua sedar rancangan apa pun tidak akan berjaya jika
tidak dituruti dengan kesediaan dan perlengkapan rakyat bagi merebut
peluang-peluang yang akan diwujudkan.
Menepuk tidak mungkin berbunyi dengan sebelah tangan sahaja.
Bulan Ogos sinonim dengan bulan kebangsaan yang semestinya
perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti berbentuk patriotik dan kenegaraan bagi
menzahirkan rasa cinta kepada negara.
Antara aktiviti paling mudah yang boleh kita semua lakukan
adalah mengibarkan Jalur Gemilang.
Kempen kibar Jalur Gemilang dianjurkan oleh Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ini tidak akan berjaya jika rakyat
Malaysia tidak menyokongnya.
Berbanggalah untuk mengibarkan Jalur Gemilang di mana-mana
sahaja; di rumah, di kereta, di bangunan dan di mana sahaja yang sesuai.
Kibarkanlah Jalur Gemilang bagi menzahirkan rasa cinta
terhadap negara sekali gus bersyukur dengan nasib kita yang begitu baik kerana
dapat menukar kerajaan tanpa rusuhan.
Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan
minda penjajah, tetapi juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka itu
dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini
dengan apa cara sekalipun.
Diucap terima kasih kepada yang telah menyumbang kepada
Tabung Harapan Malaysia. Buktikanlah yang Rakyat Malaysia sanggup berkorban
untuk Malaysia.
Bersamalah kita bangun tegap dengan bangganya untuk
“Sayangi Malaysiaku” kerana negara ‘Malaysia adalah Kita Punya’.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan, semoga Malaysia terus
maju, aman dan harmoni.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah Perdana Menteri Malaysia,
Pengerusi BERSATU dan Anggota Parlimen Langkawi.
Tulisan ini asalnya ucapan perdana menteri bersempena
pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 di Padang
Kota Lama, Pulau Pinang pada Sabtu 4 Ogos 2018.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel