Connect with us

Berita Lain

Dua beranak maut, kereta bertembung pacuan empat roda

Anggota paramedik berusaha memberi rawatan kepada kanak-kanak perempuan yang terlibat dalam kemalangan



SELAMA – Malang tidak berbau bagi seorang ibu dan anak kecilnya apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Selama-Rantau Panjang, di sini petang semalam.


Mangsa, Rofiza Julia Musthafa,31, dan anak perempuannya, Nur Rafa Zhafira Imran Ariff yang baru berusia setahun dan berasal dari Rantau Panjang, di sini disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Selama akibat kecederaan parah di kepala.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Mohd Sabri Saad berkata, dalam kejadian jam 5 petang, pihaknya menerima panggilan mengatakan berlaku kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kancil dan sebuah Toyota Fortuner di Jalan Selama-Rantau Panjang, di sini.


Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam Perodua Kancil.


Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dipandu pasangan anak beranak yang maut dari arah Selama menghala pulang ke rumahnya di Rantau Panjang, di sini.


“Apabila sampai di tempat kejadian, Perodua Kancil dipandu mangsa yang maut tiba-tiba hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan.


“Pada masa sama, kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lagi mangsa berada di laluan bertentangan dan selepas itu berlaku pertembungan.


“Akibat pertembungan itu, mangsa pertama dan anak perempuannya mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal di Hospital Selama pada sebelah malam,”katanya kepada media di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mohd Sabri berkata, seorang lagi mangsa ketiga yang berusia 47 tahun patah kedua-dua belah kaki akibat kemalangan itu.


Menurutnya, hasil bedah siasat dijalankan ke atas kedua-dua mangsa yang maut mendapati mereka maut akibat kecederaan parah di kepala beberapa jam selepas menerima rawatan di hospital.


“Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel