Connect with us

Berita Lain

Kes periuk nasi: Saman terhadap Shahidan selesai

Saman yang difailkan seorang ahli perniagaan wanita terhadap
bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
dan dua lagi berhubung perjanjian pembelian periuk nasi berjaya diselesaikan.
Ini berikutan, pemilik tunggal kedai menjual dan membekalkan
peralatan elektrik, Ecaster Media Sdn Bhd, Florence Lee Jye Wen selaku plaintif
menarik balik saman itu selepas Shahidan, Setiausahanya Datuk Zahidi Zainul
Abidin dan Bendahari parti, Datuk Rozabil Abdul Rahman yang dinamakan sebagai pihak
defendan membayar kos bagi 8,000 periuk nasi itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
merekodkan penyelesaian itu selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam
kamar hakim di sini hari ini dan memerintahkan pihak defendan yang diwakili
peguam Hilwa Bustam membayar kos RM15,000.
Peguam K. Lavinia yang mewakili Florence berkata kesemua
tunggakan bayaran bagi 8,000 itu telah diselesaikan dan barangan berkenaan akan
dihantar kepada defendan pada 7 Sept ini.
“Oleh kerana mereka telah membayar jumlah keseluruhan
8,000 unit, maka pihak plaintif menarik balik saman berkenaan,” katanya.
Florence, 30, menyaman Shahidan, Zahidi dan Rozabil yang
masing-masing ketika itu merupakan setiausaha dan bendahari Badan Perhubungan
Umno Perlis untuk menuntut bayaran yang didakwa sebagai tunggakan hutang
RM592,000.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
​​​Pihak plaintif menyatakan, pihak defendan telah
memungkiri perjanjian berhubung pembelian 60,000 unit periuk nasi elektrik 1.8
liter tersebut.
Dalam pernyataan tuntutan bertarikh 6 April 2017, Florence
mendakwa, pada sekitar 15 Mei 2015, Umno Perlis berminat untuk membeli periuk
nasi dengan mempamerkan logo Umno negeri itu berserta huruf awalan defendan
pertama iaitu DSSK serta akan diagihkan 20,000 unit setiap bahagian Arau,
Kangar dan Padang Besar.
Beliau kemudiannya membuat pesanan awal 10,000 periuk nasi
dengan semua unit sedia dihantar menerusi arahan Umno Perlis menjelang Jun
2015, bagaimanapun, hanya 2,000 unit diambil manakala 8,000 unit lagi didakwa
tidak diambil dan tidak dibayar.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel