Connect with us

Berita Lain

Azmin belum menang tapi dahului Rafizi – pengerusi JPP

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) dan Rafizi Ramli di ibu
pejabat PKR di Petaling Jaya, 21 September 2018. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR  — “Belum menang, tetapi mendahului,” itu respons Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Rashid Din mengenai tindakan
mengumumkan kemenangan oleh kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam saingan
merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu.
Rashid yang dihubungi Bernama berkata proses pengiraan undi
bagi pemilihan itu masih belum selesai kerana masih terdapat beribu-ribu undi
ragu belum diproses dan keputusan di tiga cabang yang masih ditangguh iaitu
Tawau, Pensiangan serta Julau.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia memang ‘leading’, jadi perkataan ‘menang’  itu perlu ditukar kepada ‘mendahului’, proses
(kira undi) masih belum selesai, banyak lagi kerja kita (JPP), keputusan
muktamad hanya selepas semua undi ragu dibuka (proses),” katanya.
Rashid bagaimanapun tidak memberi perincian mengenai jumlah
undi ragu tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut laman https://www.pemilihankeadilan2018.com setakat
ini hanya enam negeri yang telah mempunyai keputusan muktamad iaitu Pulau
Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.
Dilaporkan kem Mohamed Azmin mengumumkan Menteri Hal Ehwal
Ekonomi itu telah menewaskan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan
memenangi saingan dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan
parti kali ini.
Menurut keputusan akhir tidak rasmi yang dimuat naik dalam
akaun Twitter ‘Pemilihan Keadilan 2018’, Mohamed Azmin setakat ini memperoleh
70,550 undi mengatasi Rafizi yang mendapat 66,594 undi.
Sementara itu Rashid berkata proses kiraan semua undi ragu
dan keputusan beberapa cabang yang masih tergantung akan diselesaikan menjelang
Kongres Nasional PKR 2018 yang akan berlangsung 16 hingga 18 Nov ini. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel