Connect with us

Berita Lain

Tujuh bekas ahli parlimen Umno boleh tarik akar umbi Umno, kata Azmin

SEMENYIH — Tujuh bekas Anggota Parlimen Umno yang
menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selasa lepas akan memainkan
peranan menarik anggota akar umbi terutamanya penduduk luar bandar untuk
meninggalkan parti itu dan menyokong Pakatan Harapan (PH).
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata
perkara itu telah dijelaskan oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad
yang juga Pengerusi PH dengan panjang lebar dan telah diterima dengan baik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata tujuh individu berkenaan mempunyai peranan
untuk menjelaskan kepada anggota akar umbi Umno untuk menyokong kepimpinan Dr
Mahathir dan membantu kerajaan membaiki negara.
“Saya kira justifikasi itu saya boleh terima dan kita harus
maju ke depan, satu faktor yang boleh menyumbang kerana mereka ini akan turun
ke bawah dan bertemu anggota Umno menjelaskan keperluan untuk meninggalkan
Umno, Umno sebuah parti yang telah rosak,” katanya kepada pemberita selepas
majlis memperkenalkan calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Semenyih, di sini semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tambah Mohamed Azmin, beliau mengakui PH sukar menembusi
kubu kuat Umno terutamanya di kawasan luar bandar dan hanya Anggota Parlimen
Umno sahaja boleh berbuat demikian.
Selasa lepas, enam bekas Anggota Parlimen Umno iaitu Datuk
Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr
Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk
Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz
(Tanah Merah) menerima kad keanggotaan Bersatu daripada Dr Mahathir.
Turut menerima kad keanggotaan Bersatu ialah Anggota
Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang menyertai Bersatu
hujung tahun lepas. — Bernama

Advertisement
Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel